Tuesday 14 May 2013

#7: "Firefly"

Firefly diperkenalkan pertama kalinya di Vietnam untuk merawat demam kuning yang menjangkiti bayi-bayi. Firefly memastikan bayi mendapat phototerapi yang efektif dan maksimum. Cahaya yang dipancarkan boleh menembusi baju dan selimut. Oleh itu, maksimum cahaya dapat dipancarkan kepada bayi. Oleh kerana alat ini mudah alih dan mempunyai punca cahaya biru yang spesifik, maka doktor tidak mempunyai masalah untuk meletakkan alat ini di sebelah ibu. Dengan ini, kadar masa yang diperlukan untuk menghantar bayi di NICU kepada ibu yang berada di wad biasa dapat dikurangkan. Bayi akan mendapat masa yang maksimum untuk rawatan phototerapi.  
Selain itu, Firefly ini juga mudah dan cepat untuk disinfeksi. Kadar jangkitan kuman juga dapat dikurangkan. Harganya juga murah iaitu dalam 1/3 daripada alat phototerapi biasa. 



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space