Monday 27 May 2013

Video Kumpulan: Candy Crush!


Monday 20 May 2013

10 Gambar Inovasi :) "Gift Set"





























Saturday 18 May 2013

#10: Geko™

Geko adalah alat yang dicipta untuk mengelakkan thrombosis vena dalam (deep vein thrombosis).



#9:" VitaBand"

Gelang yang mempunyai pelbagai fungsi ^^


#8: "Neurowear Mico Headphone"

Neurowear Mico Headphone yang boleh mengubah lagu mengikut mood individu dengan menggunakan gelombang otak dan disambung terus ke pemain muzik anda. ^_^ 


#7: Keajaiban Papan Iklan di Peru.

Papan iklan di Peru boleh menghasilkan air bersih menggunakan udara. Ciptaan ini boleh membantu negara yang mempunyai kekurangan sumber air bersih. Saksikan video menarik ini. :) 



#6: Kiosk Tele-Kesihatan

Kiosk Tele-Kesihatan yang dilengkapi oleh alatan diagnostik, kamera, dan skrin di Pameran International CES (International Consumer Electronic Show). 




Friday 17 May 2013

#5: Merokok Merbahaya

Iklan "Tak Nak Merokok" yang menyayat hati.. 



#4: Kepentingan Ujian Pap Smear

Antara komponen penting dalam pendidikan kesihatan ialah meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam melakukan aktiviti pencegahan sesuatu penyakit. Video ini menunjukkan kepentingan untuk melakukan ujian pap smear.Kanser serviks boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang pernah melakukan seks walaupun sekali sahaja tidak kira usia dan gaya hidup kerana ia terjadi akibat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) ketika hubungan intim. Ironinya, kanser serviks boleh dicegah dengan pengesanan awal melalui pap smear tetapi wanita memberi seribu satu alasan mengelak daripada melakukan ujian yang mampu menyelamatkan nyawa ini.






Thursday 16 May 2013

#3: Funny Thai Health Commercials

Stop Drinking!


(2)



#2: Kunci Kebersihan

Salah satu komponen penting dalam silibus kejururawatan ialah pendidikan kesihatan. Video ini menunjukkan bagaimana untuk cara menjaga kebersihan dan boleh digunakan untuk memberi kanak-kanak pendidikan kesihatan mengenai kebersihan diri. 




#1: Iklan Kesihatan

Video ini menunjukkan kepentingan bersenam dalam cara yang sangat unik. :)

Promosi Video (:

Assalamualaikum dan hi.. 
Saya telah memaparkan 10 gambar yang berkaitan dengan teknologi dan inovasi. Sekarang, saya ingin berkongsi video yang berkaitan dengan bidang medical. Ada di antaranya ialah perubatan general dan ada yang menunjukkan inovasi baru. Selamat membaca :) 

#10: "Magnetic Jet Injection Device"


Ciptaan yang dibangunkan oleh MIT ini menyamai jarum biasa. Perbezaan pada ciptaan ini ialah pelocok (plunger) menggunakan tenaga Lorentz yang diperbuat daripada magnet. Bila elektrik dipasang, tenaga magnetik yang dihasilkan akan bertindak balas dengan elektrik dan menghasilkan tenaga yang menolak piston dan memasukkan ubat melalui kulit.  




Tuesday 14 May 2013

#9: "Care Bracelet"

Radiasi memang berbahaya dan boleh menyebabkan efek yang memudaratkan terutama kepada ibu yang mengandung. Gang Wang telah mereka cipta Care Bracelet yang boleh mengingatkan bakal ibu jika mereka terdedah kepada radiasi. Gelang ini dilengkapi dengan chip pengesan, motor mikro, dan modul konversi tenaga kinetik dan potensi. Gelang ini akan bertukar warna dari hijau ke merah jambu dan bergetar apabila mengesan kadar radiasi yang tinggi. Ini juga mengingatkan bakal ibu supaya meninggalkan kawasan tersebut dengan segera. Jika kadar radiasi kembali normal, gelang akan bertukar warna ke hijau semula. 

#8: "Clea Hands Desinfection Device"





Hanya perlu meletakkan tangan di antara garisan biru dan kita boleh melihat cahaya biru memancar di setiap bucu dan penjuru. Setelah tangan berada di tempat yang betul, alat ini akan menyembut cecair pembersih. Biarkan dalam beberapa saat, alat ini akan menyerap udara, dan mengeringkan tangan. Tangan anda sudah bersih dari bakteria!! Kelebihan ciptaan ini juga ialah ia boleh dijadikan item untuk menghias disebabkan bentuknya yang unik dan menarik. 




#7: "Firefly"

Firefly diperkenalkan pertama kalinya di Vietnam untuk merawat demam kuning yang menjangkiti bayi-bayi. Firefly memastikan bayi mendapat phototerapi yang efektif dan maksimum. Cahaya yang dipancarkan boleh menembusi baju dan selimut. Oleh itu, maksimum cahaya dapat dipancarkan kepada bayi. Oleh kerana alat ini mudah alih dan mempunyai punca cahaya biru yang spesifik, maka doktor tidak mempunyai masalah untuk meletakkan alat ini di sebelah ibu. Dengan ini, kadar masa yang diperlukan untuk menghantar bayi di NICU kepada ibu yang berada di wad biasa dapat dikurangkan. Bayi akan mendapat masa yang maksimum untuk rawatan phototerapi.  
Selain itu, Firefly ini juga mudah dan cepat untuk disinfeksi. Kadar jangkitan kuman juga dapat dikurangkan. Harganya juga murah iaitu dalam 1/3 daripada alat phototerapi biasa. 



#6: "Food Allergens Detector"



Terdapat segelintir individu yang boleh mendapat alahan yang teruk jika mereka termakan bahan yang tertentu. Erik Borg telah mereka cipta alat baru yang dikenali sebagai Food Allergen Detectorto  untuk membantu individu mengesan allergen seperti susu, telur, kacang, soya, dan gandum yang menyumbang sebanyak 90% dalam alahan. Alat ini dapat mengesan bahan yang terkandung di dalam masakan dan akan dipaparkan di skrin alatan supaya individu tersebut tahu jika terdapat sebarang allergen di dalam masakan tersebut.






Monday 13 May 2013

#5: "Fujin"




Fujin direka oleh Ceri Almrott berfungsi seperti MDI (Meter Dose Inhaler). Ia adalah ciptaan terbaru yang berbentuk bujur. Bentuk bujur ini membantu untuk memegang alat ini dan mengaktifkannnya. Apabila gengaman semakin kuat, alat ini akan diaktifkan dan mengeluarkan ubat. Keunikkan Fujin ialah, alat ini menghadap ke bawah dan bukannya ke atas seperti MDI yang biasa. Dengan itu, ia boleh mengurangkan rasa malu terutama pada golongan muda untuk menyedut ubat di tengah-tengah orang ramai. Selain itu, Fujin datang dengan pelbagai warna yang menarik. 



URL: http://fgadgets.com/future-gadgets/fujin-intelligent-metered-dose-inhaler-by-ceri-almrott

Saturday 11 May 2013

#4: "Insight Foot Care Scale"


The Insight Foot Care Scale membantu pesakit diabetis untuk mengesan simptom-simptom abnormal pada kaki. Terdapat LED di mana pesakit boleh melihat berat mereka dengan memijak alatan tersebut. Alatan tersebut akan mengeluarkan bunyi  'beep' dan cahaya yang akan menerangi cermin untuk mengingatkan pesakit memeriksa kaki mereka dengan menggunakan Cue Light Technology. Cermin ini mempunyai banyak sudut yang berbeza dan imej dapat dibesarkan untuk melakukan pemeriksaan yang lebih menyeluruh.

URL: http://fgadgets.com/future-gadgets/insight-foot-care-scale-for-diabetic-person

#3: "Beforme"



Puffi Santel Intergalactico bersama dengan Robert Majkut Design telah mencipta Beforme iaitu statescope dengan pemain mp3 yang boleh merekod dan memain semula bunyi denyutan jantung bayi  di dalam kandungan dan merekodkannya dalam bentuk graf. Selain itu, ia boleh juga merekod kadar denyutan jantung ibu. Rekod ini boleh hantar kepada doktor dan boleh dimuatnaik menggunakan USB dan Bluetooth. 




URL: http://www.designbuzz.com/beforme-mp3-stethoscope-plays-heartbeats-of-unborn-child/


#2: "OTIVIO"



Seramai 1/3 daripada pesakit strok akan mengalami hypertemia, iaitu peningkatan suhu badan yang abnormal. Otivio direka untuk menyejukkan dan menstabilkan suhu badan supaya berada dalam keadaan normal. Alat ini berfungsi dengan meningkatkan pengaliran darah di tangan di samping menyerap haba. Pengaliran darah di tangan dan penyerapan haba sudah cukup untuk mengelakkan demam peningkatan suhu yang abnormal.  





Friday 10 May 2013

#1: "Sprout Ambient Infant Monitor"


Sprout Ambient Infant Monitor System diperkenalkan oleh David Kanegsberg adalah satu penyelesaian yang membolehkan ibu bapa mengawasi bayi di nurseri, untuk memastikan keselamatan bayi walaupun jauh.
Sprout Ambient Infant Monitor ini menggunakan Wi-Fi untuk mengawasi dan menghantar data kepada beberapa peralatan di dalam dan di luar rumah dengan Touchless Monitoring system yang akan mengawasi pernafasan dan suhu badan bayi. Teknologi pperanti pergerakan dan infrared juga digunakan dalam sistem ini untuk memastikan pergerakan dada bayi dan tanda-tanda vital adalah normal. 
Sistem ini akan menghantar data ke komputer dan akan diproses sebelum dimuatnaik dan dilihat secara lansung oleh komputer atau telefon yang mempunayai 3G. 

URL: http://www.designbuzz.com/sprout-ambient-infant-monitor-makes-life-easier-new-parents/



Sunday 5 May 2013

10 gambar Teknologi dan Inovasi

Assalamualaikum dan Hi (:

Kita sedia maklum bahawa teknologi dan innivasi memainkan peranan penting dalam bidang perubatan. Selain dapat memudahkan kerja, ia dapat membantu kita dalam merancang jagarawatan yang terbaik kepada pesakit. Saya akan post 10 gambar berkaitan Teknologi dan Innovasi yang berkaitan dengan bidang perubatan. :)

Tuesday 9 April 2013

Pertama



Selamat Datang ke blog saya.. Techno Nurses. Ini adalah blog rasmi saya bagi subjek Teknologi dan Innovasi dalam Pendidikan. Selamat membaca :) 



 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space